TANAH MERAH, 10 JUN 2026 (RABU) – Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi bersepadu Task Force 3.0 bertujuan untuk menyelaraskan kadar lesen dan iklan di kawasan perniagaan daerah ini.
Operasi ini memberi tumpuan pemeriksaan di lokasi strategik iaitu Jalan Kubur. Fokus utama operasi adalah memastikan setiap pengusaha mematuhi syarat-syarat pelesenan yang telah ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.
Hasil pemeriksaan mendapati masih terdapat segelintir pengusaha yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Antara kesalahan yang dikesan adalah menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 3.
Susulan daripada pemeriksaan tersebut, pihak majlis telah mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan dua (2) tawaran kompaun terhadap premis yang didapati melanggar peraturan.
Pihak majlis juga akan terus mempergiatkan sesi pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran perniagaan yang teratur dan terjamin.
Pihak majlis turut menasihatkan semua pengusaha agar memastikan lesen perniagaan sentiasa sah, dikemaskini dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil pada masa akan datang.
#BahagianPelesenan
#BahagianPenguatkuasaan
#MajlisDaerahTanahMerah
#OperasiTaskForce3.0
#PematuhanUndangUndang