Majlis Daerah Tanah Merah Johan Kategori Pakaian Terbaik Sempena Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Jajahan Tanah Merah

TANAH MERAH, 26 OGOS 2026 (RABU) – Majlis Daerah Tanah Merah hari ini telah menghantar satu pasukan bagi menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah Peringkat Jajahan Tanah Merah yang diadakan di Perkarangan Masjid Jamek Ismail Petra Tanah Merah (MJIPTM).

Acara perarakan ini merupakan salah satu pengisian utama bagi Karnival Maulud Merdeka MJIPTM 2026 yang dianjurkan oleh pihak pengurusan masjid dalam menyemarakkan lagi syiar Islam serta memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Sambutan ini turut dimeriahkan dengan penyertaan pelbagai jabatan kerajaan, institusi masjid, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), serta para penduduk Tanah Merah.

Turut hadir memeriahkan program ialah YABrs Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Ketua Jajahan Tanah Merah merangkap Pengerusi Masjid Jamek Ismail Perta Tanah Merah serta YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
Masjid Ismail Petra

Lihat di Facebook