TANAH MERAH, 4 NOVEMBER 2026 (RABU) — Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Tanah Merah telah mengeluarkan Notis Tuntutan Sewa berkuat kuasa serta-merta kepada premis-premis perniagaan milik MDTM yang dikesan mempunyai tunggakan sewa.
Tindakan tegas ini diambil berikutan pemantauan dan penyemakan rekod bayaran yang mendapati terdapat sebilangan penyewa yang masih gagal melunaskan bayaran sewaan bulanan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Sebanyak 15 notis tuntutan telah dikeluarkan merangkumi pelbagai premis di bawah seliaan MDTM seperti berikut:
✅Zon Penjaja Gual Ipoh: 6 notis
✅Pasar Awam Gual Ipoh: 4 notis
✅Gerai Sri Remah: 2 notis
✅Gudang Manal: 1 notis
✅Gerai Jalan Pasir Mas: 1 notis
✅Pajakan Pasar Besar dan Pasar Borong Tanah Merah: 1 notis
Pihak MDTM menyeru semua penyewa yang terlibat agar hadir ke Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta MDTM dengan kadar segera untuk membuat penyelesaian tunggakan atau membuat perbincangan lanjut. Kegagalan membuat pembayaran dalam tempoh notis yang diberikan boleh mengakibatkan tindakan perundangan atau pembatalan perjanjian sewaan/pajakan diambil tanpa sebarang notis lanjutan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#tunggakansewa
#MajlisDaerahTanahMerah