TANAH MERAH, 11 FEBRUARI 2026 (RABU) - Unit Landskap Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja pemotongan dahan pokok di Jalan Jedok, hadapan pejabat FAMA, berhampiran simpang tiga Jalan Bukit Tebu pada hari ini.
Kerja-kerja penyelenggaraan ini dijalankan dengan kerjasama Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Kebersihan MDTM walaupun dalam keadaan hujan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya tidak terjejas.
Pemotongan dahan pokok ini adalah langkah proaktif pihak majlis bagi mengelakkan risiko dahan patah yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya serta orang awam terutamanya semasa musim hujan.
MDTM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan kerjasama dalam memastikan operasi penyelenggaraan ini berjalan lancar. Komitmen majlis dalam menyediakan persekitaran yang selamat, bersih, indah dan ceria untuk warga Tanah Merah akan terus diteruskan.
#MajlisDaerahTanahMerah
#UnitLandskapMDTM
#KerjaPenyelenggaraan
#TanahMerahBersihIndahCeria