Majlis Daerah Tanah Merah Laksana Program Qurban Perdana Tahun 2026

TANAH MERAH, 30 MEI 2026 (SABTU) – Semangat gotong-royong dan kebersamaan kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah terserlah hari ini menerusi penganjuran Program Qurban Perdana Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Terbuka MDTM.

Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini bukan sekadar aktiviti ibadah korban tahunan malah menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan kakitangan MDTM.

Suasana perkarangan dewan dipenuhi dengan penglibatan aktif warga kerja yang bekerjasama dalam kerja-kerja penyembelihan, melapah serta pembahagian daging korban secara teratur.

Selain ibadah korban, program pada tahun ini turut menyuntik elemen kemanusiaan menerusi kempen #SinarUntukGaza - "Bantu Gaza Bersama Beras ERA" yang menyaksikan sumbangan beras kepada semua kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah.

Majlis mengucapkan terima kasih atas sokongan daripada pelbagai pihak termasuk rakan strategik korporat PAYUNG EMAS RESOURCES (FRESH MART) yang turut menyumbang pek makanan kepada petugas dan lembu korban bagi melancarkan perjalanan program.

Majlis Daerah Tanah Merah berharap agar penganjuran program ini dapat memupuk nilai murni, sifat pemurah dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan, selaras dengan tema "Berqurban, Berkongsi, Berkat Untuk Semua".

Turut hadir memeriahkan program pada hari ini ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiauasaha MDTM, YBrs. Tuan Haji Mohd Nazir bin Yusof, Ketua Whip MDTM dan semua ketua-ketua bahagian MDTM.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#aidiladha
#qurbanperdana

Lihat di Facebook