TANAH MERAH, 15 JUN 2026 (ISNIN) – Unit Taskforce Majlis Daerah Tanah Merah telah menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang secara menyeluruh di sepanjang Jalan Padang Guchil pada hari ini bagi memastikan sistem perparitan dan saliran di kawasan tersebut berfungsi dengan lancar.
Kerja-kerja ini merangkumi pembersihan sisa pepejal serta pembersihan kawasan sekitar longkang daripada semak samun yang boleh menghalang aliran air.
Pihak MDTM ingin menegaskan bahawa usaha pembersihan ini tidak akan berkesan sepenuhnya tanpa kerjasama padu daripada orang ramai. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuang sampah atau sisa makanan ke dalam longkang.
Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai dalam menjadikan Tanah Merah sebuah daerah yang bersih, indah dan ceria.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah #TaskForceMDTM #PembersihanLongkang #TanahMerahBersihIndahCeria