Majlis Daerah Tanah Merah Lancar Kempen Pasar Malam Bersih dan Aplikasi Digital "Mylicense PBT"

​TANAH MERAH, 18 JULAI 2026 (SABTU) – Majlis Daerah Tanah Merah secara rasminya telah melancarkan Kempen Pasar Malam Bersih Tahun 2026 bertempat di Pasar Malam Medan Tijari Tanah Merah.

​Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Turut hadir bersama adalah YABrs. Tuan Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua MDTM, Ahli-ahli Majlis MDTM, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua bahagian/unit MDTM.

​Kempen ini menekankan elemen kebersihan dan keceriaan melalui beberapa inisiatif utama:
​
✅ Penyampaian hadiah kepada pemenang Gerai Bersih & Ceria.
✅ ​Penyampaian sijil penghargaan kepada agensi dan pempengaruh (Tiktokers).
​✅ Edaran apron kepada peniaga bagi menjamin tahap kebersihan pengendalian makanan.
​✅ Edaran beg kitar semula kepada pengunjung bagi menyokong kelestarian alam sekitar.
​✅ Agihan beras percuma melalui kerjasama Jasmine Food #sinaruntukGAZA.
​
Selain daripada pelancaran Kempen Pasar Malam Bersih Tahun 2026, majlis turut menyaksikan pelancaran sistem aplikasi "Mylicense PBT", satu langkah MDTM dalam mendigitalkan urusan pelesenan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada para peniaga.

Program diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama para peniaga serta pengunjung Pasar Malam Medan Tijari.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
KPKT Malaysia

Lihat di Facebook