TANAH MERAH, 12 OGOS 2026 (RABU) – Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi pembersihan dan sapuan jalan di sepanjang Jalan Ismail Petra. Pelaksanaan kerja ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan pihak majlis untuk memastikan kebersihan, keindahan dan keceriaan bandar Tanah Merah sentiasa terjaga.
Fokus utama operasi ini adalah untuk membersihkan longkang dan sapuan bahu jalan serta memastikan keadaan jalan raya bebas daripada sebarang halangan.
MDTM juga ingin menyeru kepada semua penduduk agar terus menjaga kebersihan persekitaran mereka dan tidak membuang sampah di tempat-tempat yang tidak sepatutnya, terutama di bahu jalan dan dalam longkang kerana ini boleh menyebabkan longkang tersumbat dan masalah kesihatan awam.
MDTM juga telah menyediakan kemudahan tong sampah di lokasi-lokasi strategik dan menggesa para penduduk untuk memanfaatkannya dengan betul. Pihak majlis akan terus memantau dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara berkala.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#tanahmerahkelantan
#tanahmerahbersihindahceria