Majlis Daerah Tanah Merah Pergiat Operasi Pematuhan Lesen Premis Makanan

​TANAH MERAH, 9 JUN 2026 (SELASA) – Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melancarkan satu operasi bersepadu bagi memantau pematuhan lesen premis makanan di sekitar kawasan tumpuan perniagaan daerah ini.

​Operasi yang dijalankan pada malam ini merangkumi pemeriksaan di lokasi strategik iaitu Jalan Padang Siam, Jalan Lubok, Jalan Ismail Petra dan Jalan Machang. Fokus utama operasi adalah untuk memastikan setiap pengusaha premis makanan mematuhi syarat-syarat pelesenan yang telah ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.

​Hasil pemeriksaan mendapati masih terdapat segelintir pengusaha yang mengabaikan tanggungjawab pelesenan. Antara kesalahan utama yang dikesan adalah menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah serta kegagalan memperbaharui lesen premis sebelum tempoh tamat.

​Susulan daripada pemeriksaan tersebut, pihak MDTM telah mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan tujuh (7) notis peringatan serta empat (4) tawaran kompaun terhadap premis yang didapati melanggar peraturan.

Pihak majlis juga akan terus mempergiatkan sesi pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

​Pihak majlis turut menasihatkan semua pengusaha premis makanan agar sentiasa peka dengan tempoh sah laku lesen perniagaan masing-masing bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang pada masa akan datang.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

​#BahagianPenguatkuasaan
#MajlisDaerahTanahMerah
#OperasiPematuhanLesen
#PremisMakanan
#TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook