Majlis Daerah Tanah Merah Perkasa Tadbir Urus dan Hargai Jasa Kakitangan Dalam Mesyuarat Penuh Bil. 5/2026

​TANAH MERAH, 25 MEI 2026 (ISNIN) – Majlis Daerah Tanah Merah telah mengadakan Mesyuarat Penuh Majlis Bilangan 5 Tahun 2026 yang berlangsung hari ini di Bilik Mesyuarat Utama MDTM.

​Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah ini bertujuan membincangkan hala tuju pembangunan daerah serta memperhalusi dasar-dasar berkaitan perkhidmatan perbandaran bagi memastikan kualiti hidup penduduk di Tanah Merah terus mampan dan sejahtera. Antara fokus utama mesyuarat kali ini adalah penyelarasan projek-projek infrastruktur dan pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pihak berkepentingan.

​Sejurus selepas tamat mesyuarat tersebut, Majlis Penyampaian Cenderamata telah diadakan bagi meraikan dedikasi dan komitmen tinggi yang telah dicurahkan oleh para pesara sepanjang berkhidmat di bawah pentadbiran MDTM.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook