Majlis Daerah Tanah Merah Raih Tempat Ketiga Pertandingan Landskap PBT Sempena Pesta Flora Negeri Kelantan 2026

KOTA BHARU, 24 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS) – Majlis Daerah Tanah Merah berjaya mencatat kejayaan membanggakan apabila meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Landskap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sempena Pesta Flora Negeri Kelantan 2026. Kejayaan ini sekali gus membolehkan MDTM membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

Majlis pengurniaan hadiah telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sempena Majlis Perasmian Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 bertempat di Taman Perbandaran Tengku Anis, hari ini.

Membawa tema ‘Laman Fantasi’, reka bentuk landskap MDTM berjaya memikat hati para juri melalui gabungan elemen warna, keindahan cahaya, serta keajaiban alam semulajadi yang memberikan pengalaman flora luar biasa buat para pengunjung.

Pihak Pengurusan MDTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan MDTM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas komitmen, kreativiti serta usaha gigih yang dicurahkan sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Keputusan Penuh Pertandingan Landskap PBT Pesta Flora 2026:

✅Johan: Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (RM10,000)

✅Naib Johan: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (RM7,000)

✅Tempat Ketiga: Majlis Daerah Tanah Merah (RM5,000)

Pesta Flora Negeri Kelantan
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook