TANAH MERAH, 7 JUN 2026 (AHAD) – Bagi menyemarakkan lagi budaya ilmu serta memperkukuh sahsiah diri dalam kalangan kakitangan, Majlis Daerah Tanah Merah telah menganjurkan Program Solat Sunat Dhuha dan Kuliah Dhuha bagi bulan Jun 2026, bertempat di Masjid Ketua Jajahan Tanah Merah.
Program bulanan ini merupakan salah satu platform penting bagi pihak pengurusan dalam memastikan keseimbangan antara tuntutan kerja duniawi dan pengisian rohani para kakitangan. Majlis dimulakan dengan pelaksanaan solat sunat dhuha secara berjemaah dan program kemudiannya diteruskan dengan sesi kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ibrisam bin Jalaluddin, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah.
Pihak Majlis Daerah Tanah Merah berharap agar penganjuran program seumpama ini dapat membentuk jati diri kakitangan yang cemerlang selaras dengan prinsip Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#sunatdhuha
#kuliahdhuha
#unitpembangunanislam