KOTA BHARU, 16 SEPTEMBER 2026 (RABU) – Majlis Daerah Tanah telah menjayakan Program Larian Santai "Kelate Mega Fun Run 2026" yang berlangsung meriah di Perkarangan Aeon Mall Kota Bharu, Lembah Sireh hari ini dengan penyertaan peserta seramai 10 orang.
Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini diadakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan