TANAH MERAH, 10 OGOS 2026 (ISNIN) – Majlis Daerah Tanah Merah hari ini telah menerima Kunjungan Hormat rasmi daripada delegasi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan bertempat di Pejabat Majlis Daerah Tanah Merah.
Kunjungan hormat hari ini diketuai oleh Pengarah Negeri SSM Kelantan, YBrs. Tuan Mohamad Zawawi bin Ahmad, bersama empat (4) orang pegawai kanan SSM Kelantan. Ketibaan delegasi telah disambut baik oleh YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah, Setiausaha dan para pegawai kanan MDTM.
Pertemuan dan perbincangan dua hala ini menumpukan kepada beberapa agenda utama demi pemerkasaan ekosistem perniagaan di daerah Tanah Merah antaranya:
✅Memudah cara proses pendaftaran pendaftaran entiti perniagaan serta meningkatkan kesedaran penjaja dan peniaga kecil di bawah pentadbiran MDTM mengenai kepentingan berdaftar dengan SSM.
✅Mengeratkan kerjasama strategik antara Seksyen Penguatkuasa SSM dan Bahagian Penguatkuasaan MDTM dalam pemantauan lesen dan perniagaan.
✅Perkongsian inisiatif terkini dan program usahama antara Jabatan
Pihak Pengurusan Majlis Daerah Tanah Merah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan hormat ini. Diharapkan perjumpaan ini dapat mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara MDTM dan SSM.