Majlis Daerah Tanah Merah Terima Lawatan Panel Penilaian Pertandingan Kelantanku Bersih Tahun 2026

TANAH MERAH, 23 OGOS 2026 (AHAD) —Majlis Daerah Tanah Merah hari ini telah menerima lawatan rasmi daripada rombongan Panel Penilaian Pertandingan Kelantanku Bersih Tahun 2026 yang diketuai oleh YBrs. Encik Muhammad Riyadhul Hanif Bin Abdullah (Ketua Panel / KPP Dasar & Keurusetiaan BKT) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MDTM.

Rombongan panel penilai disambut mesra oleh YBrs.Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof selaku Setiausaha MDTM dan barisan ketua-ketua bahagian/unit MDTM, diikuti dengan sesi bergambar kenangan.

Sesi diteruskan dengan mukadimah oleh pengacara majlis dan bacaan doa, sebelum diteruskan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof. Panel penilaian turut diberikan taklimat ringkas berkaitan pelaporan Pertandingan Kelantanku Bersih Tahun 2026 yang disampaikan oleh Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan MDTM, sebelum acara penyampaian cenderahati kepada panel penilaian.

Seterusnya, panel penilai dibawa melawat ke lokasi Pertandingan Kelantanku Bersih Tahun 2026 yang disertai oleh MDTM iaitu:

✅Anugerah Kecemerlangan Pihak Berkuasa Tempatan
✅Taman Rekreasi Pihak Berkuasa Tempatan Terbersih dan Ceria
✅Pasar Awam Pihak Berkuasa Tempatan Terbersih
✅Taman Perumahan Terbersih
✅Tandas Awam Pihak Berkuasa Tempatan Terbersih
✅Premis Makanan Terbersih
✅Ikon Kebersihan Pihak Berkuasa Tempatan

Pihak Majlis Daerah Tanah Merah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Panel Penilaian Pertandingan Kelantanku Bersih Tahun 2026 atas kunjungan serta komitmen yang diberikan sepanjang sesi penilaian di MDTM.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#pertandingankelantankubersih
#MajlisDaerahTanahMerah
#tanahmerahbersihindahceria

Lihat di Facebook