TANAH MERAH, 10 NOVEMBER 2026 (SELASA) - Pada hari ini telah diadakan majlis perjumpaan Tuan Yang Dipertua MDTM bersama pihak pengurusan dan semua kakitangan bagi meraikan hari terakhir perkhidmatan YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah. Beliau akan berpindah ke jabatan baharu bermula 12 November 2026 setelah berkhidmat di Majlis Daerah Tanah Merah bermula 2 Mac 2025 hingga 11 November 2026.
Pihak pengurusan tertinggi, Ahli-ahli Majlis MDTM dan seluruh warga kerja Majlis Daerah Tanah Merah mengucapkan jutaan terima kasih kepada YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin atas sumbangan, jasa, komitmen bakti dan kasih sayang beliau sepanjang berkhidmat di Majlis Daerah Tanah Merah.
Ucapan tahniah diucapkan, dan kami, keluarga MDTM mendoakan agar beliau akan terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, keberkatan dan kecemerlangan di tempat baharu nanti. Selamat Maju Jaya, Tuan. Terima kasih.
salam sanjungan tuan budiman
semusim bersama mencipta kejayaan
terima kaseh atas kepimpinan
semoga berjaya memacu kecemerlangan
tanah merah tanah bertuah
ramah dan baik begitu orangnya
rasa sedih tuan melangkah
semoga ikatan kekal selamanya
berakit menuju ke pulau pandan
gunung daik bercabang lapan
nasihat dan tunjuk ajar menjadi panduan
sebagai bekalan di masa hadapan
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan