Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan Tahun 2026

KOTA BHARU, 12 JANUARI 2026 (ISNIN) - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan bagi sesi 2026 telah berlangsung bertempat di Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan sesi ceramah bertajuk "Memperkasakan Peranan Ahli Majlis Dalam Pembangunan dan Tadbir Urus Pihak Berkuasa Tempatan" yang disampaikan oleh YBrs. Pengarah UPEN Negeri Kelantan. Seterusnya, ucapan aluan oleh YB Hilmi Bin Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar) dan diikuti ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud (Menteri Besar Kelantan).

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Dato' Panglima Perang menekankan bahawa pelantikan ini merupakan amanah besar dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan. Setiap Ahli Majlis yang dilantik bertanggungjawab menjadi jambatan penghubung antara pihak kerajaan dan masyarakat setempat demi memacu pembangunan ekonomi serta kesejahteraan sosial.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Negeri serta Yang Dipertua dan Setiausaha PBT dari seluruh negeri Kelantan.

Pihak pengurusan tertinggi Majlis Daerah Tanah Merah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua 24 orang Ahli Majlis MDTM yang telah dilantik. Semoga dengan pelantikan ini, MDTM terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh penduduk Tanah Merah.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisPenyampaianWatikahAhliMajlisPBT2026
#MajlisDaerahTanahMerah
#AhliMajlis2026
#TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook