Majlis Penyerahan Kunci 4 Unit Rumah Projek Bina Baharu (Ppkb) Fasa 1 Tahun 2026

Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) melalui Jabatan Kejuruteraan telah mengadakan Majlis Penyerahan Kunci Empat (4) Unit Rumah di bawah Projek Bina Baharu (PPKB) Fasa 1 Tahun 2026 pada 22 Oktober 2026.

Penyerahan kunci rumah telah disempurnakan oleh YABrs. Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah.

Turut hadir ialah Ketua Whip, Setiausaha Majlis serta wakil bahagian teknikal MDTM.

Majlis ini merupakan simbolik penyerahan rasmi rumah yang telah siap dibina kepada penerima yang layak, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk menikmati kediaman yang lebih selesa dan selamat.

Semoga penyerahan rumah ini dapat memberikan sinar baharu serta meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup para penerima bersama keluarga.

KPKT Malaysia
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MDTM
#TanahMerahBersihIndahDanCeria

Lihat di Facebook