TANAH MERAH, 17 OGOS 2026 (ISNIN) – Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Baharu Sekolah Menengah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Tanah Merah, Kelantan telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Dewan Adiluhur, SBP Integrasi Tanah Merah hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah selain melibatkan wakil-wakil daripada Jabatan Kerja Raya, agensi kerajaan persekutuan dan pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dalam pelaksanaan projek.
Bagi Majlis Daerah Tanah Merah, pelaksanaan dan penyerahan projek ini merupakan satu perkembangan positif kepada daerah Tanah Merah khususnya dalam memperkasakan sektor pendidikan serta menyokong pembangunan modal insan pada masa hadapan.
MDTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi dan jabatan, kontraktor dan pihak-pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan projek ini dapat dilaksanakan sehingga ke peringkat penyerahan rasmi.
Semoga kemudahan baharu ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta memberi manfaat kepada warga sekolah dan masyarakat setempat disamping menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan di daerah Tanah Merah.