Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026

KOTA BHARU, 30 OGOS 2026 (AHAD) – Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 telah diadakan bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu dan majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.

Turut hadir sama ialah YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Ketua Jajahan Tanah Merah merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah bersama Kontinjen Jajahan Tanah Merah yang diwakili oleh Majlis Daerah Tanah Merah bagi memeriahkan sambutan yang penuh dengan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan penyertaan Kontinjen Jajahan Tanah Merah.

Lihat di Facebook