TANAH MERAH, 11 Januari 2026 (Ahad) – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) melalui Bahagian Kejuruteraan telah mengambil tindakan segera melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan milik Majlis di beberapa lokasi kritikal dalam jajahan Tanah Merah.
Kerja-kerja pembaikan sementara menggunakan kaedah batuan telah dilaksanakan di tiga lokasi utama iaitu Jalan Maju Setapak, Jalan Pondok Lama dan Jalan Taman Sinaran.
Pelaksanaan kerja-kerja ini adalah bertujuan mengurangkan risiko kemalangan di samping meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.
Pembaikan sementara ini dilaksanakan sebagai langkah jangka pendek sementara menunggu kerja penurapan jalan secara kekal dilaksanakan pada masa akan datang.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#kerjamembatujalan
#TanahMerahBersihIndahCeria
#bahagiankejuruteraanmdtm