TANAH MERAH, 26 APRIL 2026 (AHAD) – Bahagian Pelesenan dan Bahagian PenguatkuasaanMajlis Daerah Tanah Merah hari ini telah mengambil tindakan penutupan premis ke atas beberapa premis perniagaan di sekitar daerah ini melibatkan warga asing.
Sebanyak dua (2) buah kedai runcit telah dikenal pasti dan diarahkan menghentikan operasi dengan serta-merta iaitu;
❌ Man Steady Shop (Lot 677, Kampung Pondok Baru, Jalan Padang Siam)
❌ Che Mat 01 Global (Lot 5448 (No.1), Kampung Banggol Jenerih, Jalan Banggol)
Tindakan penutupan ini telah diambil di bawah UUK 43(1), Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Tanah Merah) 2019. Selain itu, satu (1) kompaun berjumlah RM 1000.00 telah dikeluarkan di bawah Seksyen 107 (2) Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976).
Pihak Majlis ingin menegaskan bahawa mana-mana premis yang telah dikenakan perintah penutupan ini dilarang sama sekali untuk beroperasi sehingga mendapat kebenaran bertulis semula daripada pihak Majlis.
Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan undang-undang yang lebih berat dikenakan ke atas pemilik premis. MDTM menyeru semua peniaga di daerah Tanah Merah agar sentiasa mematuhi peraturan bagi mengelakkan gangguan kepada operasi perniagaan mereka di masa hadapan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#operasisitaan
#BandarTanahMerah
#MajlisDaerahTanahMerah