MDTM Edar Notis Peringatan Bayaran Tunggakan Cukai Taksiran Melebihi 15 Tahun

TANAH MERAH, 21 APRIL 2026 (SELASA) - Penyerahan notis peringatan bayaran tunggakan cukai taksiran melebihi 15 tahun telah dilaksanakan pada hari ini oleh Unit Cukai MDTM secara rumah ke rumah melibatkan kawasan Taman Sri Baru, Taman Sri Kemunting dan Taman Merah Jaya.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi memberikan pemakluman kepada pemilik hartanah untuk menyelesaikan segera tunggakan cukai sebelum tindakan sitaan dan perundangan dilaksanakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171).

Sehubungan dengan itu, pihak Majlis menggesa semua pemilik hartanah yang mempunyai tunggakan cukai taksiran agar segera menghubungi Unit Cukai untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook