MDTM Gempur Aktiviti Haram Di Kawasan Perumahan, Dua Notis Dikeluarkan

TANAH MERAH, 06 MEI 2026 (RABU) – Bahagian Penguatkuasaan MDTM telah melaksanakan tindakan susulan terhadap aduan awam berkaitan aktiviti cucian kenderaan dan bengkel motorsikal persendirian yang dijalankan secara haram di kawasan perumahan sekitar daerah Tanah Merah.

Pemantauan telah dijalankan di sekitar Taman Bunga, Taman Ehsan dan Taman Desa Utama. Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak dua (2) notis kacau ganggu telah dikeluarkan kepada pihak yang terlibat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Borang B (Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan) Seksyen 82

Tindakan tegas ini bertujuan memberi peringatan kepada semua pihak agar setiap aktiviti perniagaan dijalankan di lokasi yang telah digazetkan dan bersesuaian tanpa membelakangkan keharmonian kejiranan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook