MDTM Gempur Premis Tanpa Lesen di Tanah Merah

TANAH MERAH, 7 JANUARI 2026 (RABU) – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) terus komited untuk memperkasakan tadbir urus perniagaan melalui Operasi Pemeriksaan Premis Tanpa Lesen Perniagaan yang dilaksanakan di kawasan pentadbiran MDTM hari ini oleh Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan MDTM.

Melalui operasi ini, pihak Majlis telah melakukan pemeriksaan teliti terhadap status lesen perniagaan untuk memastikan tiada premis yang beroperasi secara haram. Pihak Majlis ingin menegaskan bahawa semua peniaga wajib mendaftarkan perniagaan mereka secara sah. Selain tindakan penguatkuasaan, pihak Majlis juga memberikan nasihat kepada peniaga mengenai cara memohon dan memperbaharui lesen untuk mengelakkan tindakan sitaan di masa hadapan.

Pihak Majlis menyeru kepada semua peniaga untuk segera hadir ke pejabat Majlis bagi mendapatkan lesen perniagaan yang sah. Kerjasama daripada semua pihak sangat amatlah dihargai bagi menyokong pembangunan daerah Tanah Merah yang lebih mampan.

Pihak Majlis juga tidak akan bertolak-ansur terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) MDTM.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#OperasiPemeriksaan
#PremisTanpaLesen
#LesenPerniagaan
#PenguatkuasaanMDTM
#BahagianPelesenan
#MajlisDaerahTanahMerah
#TanahMerah

Lihat di Facebook