MDTM Jalankan Operasi Penyampaian Notis Tuntutan Sewa di Beberapa Lokasi Strategik

​TANAH MERAH, 27 APRIL 2026 (ISNIN) – Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Operasi Penghantaran Notis Tuntutan Sewa hari ini.

​Operasi tersebut melibatkan penyerahan notis tuntutan dengan tempoh penyelesaian selama 14 hari kepada penyewa yang dikenal pasti mempunyai tunggakan atau isu bayaran di lokasi-lokasi terpilih.

Antara lokasi tumpuan dalam operasi kali ini termasuklah ​Kaunter Tiket Bas (No. 1, 3, 4 dan 5) dan ​Gerai Jalan Sri Remah (No. 6, 10, 12, 13, 20, 21, 26 dan 28).

​Secara keseluruhan, sebanyak 12 keping notis telah diserahkan secara rasmi kepada penyewa terlibat.

Tindakan ini merupakan prosedur standard MDTM bagi memastikan setiap penyewa mematuhi perjanjian penyewaan yang telah ditandatangani serta mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas pada masa hadapan.

​Pihak MDTM ingin menegaskan bahawa bayaran sewaan yang dikutip adalah bertujuan untuk penyelenggaraan infrastruktur awam dan penyediaan kemudahan kepada penduduk di daerah Tanah Merah.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook