MDTM Johan Pertandingan Khemah Cantik Sempena Festival Kesenian Rakyat Kelantan (FKRK) 2026

TOK BALI, 4 JULAI 2026 (SABTU) - Majlis Daerah Tanah Merah sekali lagi telah mengharumkan nama daerah apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Khemah Cantik sempena Festival Kesenian Rakyat Kelantan (FKRK) 2026 yang telah berlangsung di Jeti Pelancongan Tok Bali, Pasir Puteh.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan pada majlis perasmian penutup program semalam.

Majlis Daerah Tanah Merah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh kakitangan yang telah bertungkus-lumus menjayakan penyertaan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kecemerlangan serta mengharumkan nama Majlis Daerah Tanah Merah pada masa akan datang.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
Tourism Kelantan

Lihat di Facebook