TANAH MERAH, 28 APRIL 2026 (SELASA) – Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah terus menggempur pemilik perniagaan yang masih ingkar dengan berniaga tanpa lesen dan gagal memperbaharui lesen perniagaan sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Tanah Merah) 2019.
Hasil pemeriksaan di kawasan Kampung Batu Gajah, Jalan Humaira 1, Jalan Pechong, dan Jalan Wan Ahmad, pihak Majlis telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan Tiga (3) Notis di bawah UUK 3 (menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah) dan Lima (5) Kompaun di bawah UUK 7 telah dikenakan terhadap peniaga yang gagal memperbaharui lesen perniagaan mereka dalam tempoh yang ditetapkan.
Selain itu, satu (1) Notis Amaran di bawah UUK 34(2)(a) juga telah dikeluarkan bagi memastikan pematuhan terhadap etika dan peraturan berpakaian.
Pihak MDTM ingin menegaskan dan mengingatkan kepda seluruh pemilik perniagaan di daerah Tanah Merah mengenai tanggungjawab untuk mendaftar perniagaan serta memastikan lesen perniagaan sentiasa diperbaharui sebelum tarikh tamat tempoh.
MDTM tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang masih berdegil dan tindakan tegas termasuk pengeluaran kompaun serta-merta, penyitaan barangan atau pendakwaan di mahkamah akan diambil terhadap pemilik premis yang didapati gagal mematuhi arahan dan Undang-Undang Kecil yang telah ditetapkan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#lesenperniagaan
#tanahmerah
#pematuhanundangundang