TANAH MERAH, 13 JANUARI 2026 (SELASA)-Bahagian Pelesenan & Kesihatan Awam dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah mengeluarkan kompaun kesalahan terhadap sebuah premis yang didapati membuang sisa bulu ayam dan sisa lain ke dalam tong sampah awam.
Tindakan tegas ini diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MDTM) 2019, UUK 5(3). Pihak MDTM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang menjejaskan kebersihan, kesihatan awam dan kesejahteraan persekitaran.
Pemilik premis dan orang awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MDTM
#Penguatkuasaan
#KesihatanAwam
#TindakanTegas
#kebersihantanggungjawabbersama