MDTM Laksana Kerja-kerja Membatu Jalan Berlubang

​TANAH MERAH, 22 JANUARI 2026 (RABU) – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) melalui Bahagian Kejuruteraan hari ini telah melaksanakan kerja-kerja membatu dan meratakan jalan di beberapa lokasi antaranya di Bangunan Bergema Jalan Klinik, Jalan Pakatan (bersebelahan SMK Dato Mahmud Paduka Raja 1), Jalan Pisang Menggala dan Jalan Kubur.

​Langkah ini diambil sebagai tindakan segera dan sementara untuk menangani masalah permukaan jalan yang rosak di bawah seliaan Majlis.

​Pihak MDTM turut menzahirkan permohonan maaf kepada orang ramai sekiranya terdapat gangguan aliran trafik atau kesulitan yang timbul sepanjang proses kerja-kerja tersebut dijalankan dan penduduk setempat dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#Kerja-KerjaMembatuJalan
#BahagianKejuruteraanMDTM

Lihat di Facebook