TANAH MERAH, 21 APRIL 2026 (SELASA) – Unit Landskap Majlis Daerah Tanah Merah telah menjalankan kerja-kerja penebangan pokok yang dikenal pasti berisiko tinggi di laluan Jalan Tasek ke Jalan Pejabat Tanah pada hari ini dan dijangka selesai sepenuhnya pada hari esok (22 April 2026).
Operasi ini merupakan tindakan pencegahan awal bagi meminimumkan risiko kejadian pokok tumbang yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan laluan lebih selamat untuk kenderaan dan pejalan kaki.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada petugas di lapangan semasa kerja-kerja penebangan dijalankan. Para pengguna jalan raya juga diminta mematuhi arahan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan