TANAH MERAH, 04 FEBRUARI 2026 (RABU)-Bahagian Kebersihan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja mencuci tapak tong kompaktor di belakang Pasaraya Jaya Gading, Jelatok.
Kerja-kerja ini dilaksanakan secara berkala bagi memastikan kawasan tersebut sentiasa bersih, teratur dan selesa untuk orang ramai. Pihak Majlis juga mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam memelihara kebersihan kawasan awam.
#MajlisDaerahTanahMerah #BersihIndahCeria #KebersihanAwam