MDTM Pantau Peniaga Menjaja di Kawasan yang Dilarang

​TANAH MERAH, 4 MAC 2026 (KHAMIS) – Bahagian Penguatkuasa Majlis Daerah Tanah Merah telah menjalankan operasi pemantauan rutin bagi memastikan aktiviti perniagaan di sekitar bandar mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MDTM) 1991.

​
​Dalam operasi yang dijalankan pada 4 Mac 2026, seorang peniaga telah dikenalpasti melakukan kesalahan di bawah UUK Penjaja (MDTM) 1991, UUK 7(1)(C) iaitu menjaja di kawasan larangan.

​Pihak Majlis telah mengeluarkan Notis Amaran rasmi yang mengarahkan peniaga supaya segera mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya notis ini tidak dipatuhi dalam tempoh ditetapkan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#BandarBaruKotaHarmoni
#PenguatkuasaanMDTM

Lihat di Facebook