TANAH MERAH, 22 JANUARI 2026 (KHAMIS) – Majlis Daerah Tanah Merah terus komited dalam menerapkan budaya menjaga kebersihan di peringkat akar umbi menerusi penganjuran Program "Kkecek" Kebersihan Bersama PBT bagi tahun 2026.
Program yang berlangsung di SMU(Arab) Al-Ihsan Dalam Pondok hari ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran secara mampan.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Abdul Fattah bin Haji Mahmood, ADUN Bukit Panau.Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YABrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof. Para pelajar turut diberi pengisian ilmu menerusi taklimat kebersihan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MDTM, YBrs. Tuan Haji Nur Hassan bin Aziz.
Penganjuran kali ini dilaksanakan secara serentak dengan Program Hari Terbuka PIBG serta Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) peringkat sekolah. Inisiatif gabungan ini dilihat sebagai platform terbaik untuk merapatkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT), institusi pendidikan dan ibu bapa.
Turut hadir memberikan sokongan dalam program tersebut ialah Ketua Whip MDTM, YBrs. Tuan Haji Mohd Nazir bin Yusoff, barisan Ahli-Ahli Majlis serta ketua-ketua bahagian dan unit MDTM.
Pihak MDTM berharap agar program "Kkecek" Kebersihan ini dapat menjadi pemangkin kepada perubahan sikap masyarakat setempat dalam memastikan daerah Tanah Merah kekal bersih, indah dan ceria.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#ProgramKkecekKebersihan
#SMU(Arab)Al-IhsanDalamPondok
#TanahMerahBersihIndahCeria