MDTM Rai Kakitangan Dalam Majlis Penyampaian Sumbangan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

​TANAH MERAH, 17 MAC 2026 (SELASA) – Majlis Daerah Tanah Merah hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan dan Duit Raya bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MDTM. Majlis ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan yang tidak berbelah bahagi terhadap dedikasi Ahli Majlis serta semua kakitangan dalam memacu kecemerlangan pentadbiran daerah Tanah Merah.

​Selain menyemarakkan sambutan Ramadan dan persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang, majlis ini turut memberi fokus kepada nilai kebajikan dan pengiktirafan prestasi kerja.
​
​Agenda utama majlis menyaksikan penyampaian beberapa kategori sumbangan dan anugerah, antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) & Pekerja Contoh (PC) 2025, sumbangan khas kepada kakitangan yang mengalami musibah bagi meringankan beban mereka dan penyerahan duit raya dan biskut raya kepada semua warga kerja MDTM oleh KSKMDTM.
​
​Sesi penyampaian telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Yang Dipertua MDTM, Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Haji Abdul Fattah bin Haji Mahmood (ADUN Bukit Panau), YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof (Setiausaha MDTM) dan YBrs. Sr Siti Nor Haswanie binti Omar (Pengerusi KSKMDTM).

​Dalam ucapan ringkas, pihak pengurusan berharap agar penghargaan ini dapat membakar semangat semua kakitangan MDTM untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Tanah Merah.

Lihat di Facebook