MDTM Raih Naib Johan Kejohanan Pickleball Ketua Jajahan Tanah Merah

KOTA BHARU, 26 SEPTEMBER 2026 (SABTU) – Pasukan Majlis Daerah Tanah Merah telah membuktikan kehandalan mereka apabila berjaya meraih gelaran Naib Johan bagi kedua-dua kategori (Pasukan Lelaki dan Wanita) dalam Kejohanan Pickleball Ketua Jajahan Tanah Merah yang berlangsung meriah di 91 Pickleball Clubhouse, Aeon Mall Kota Bharu.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Ketua Jajahan Tanah Merah. Turut hadir memberi sokongan terhadap penganjuran kejohanan dan meraikan kejayaan para peserta MDTM ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih jua diucapkan kepada Bank Rakyat cawangan Tanah Merah selaku penaja rasmi atas sokongan padu dan juga komitmen tinggi dari semua jabatan Jajahan Tanah Merah yang bertanding dalam kejohanan sukan ini dalam memartabatkan aktiviti riadah di peringkat jajahan Tanah Merah.

Tanah Merah hebat, warganya sihat!

#MajlisDaerahTanahMerah
#MDTM
#KejohananPickleballKetuaJajahanTanahMerah
#BankRakyat

Lihat di Facebook