TANAH MERAH, 3 FEBRUARI 2026 (SELASA) – Bahagian Penguatkuasa Majlis Daerah Tanah Merah terus komited dalam memastikan setiap aktiviti perniagaan di dalam kawasan pentadbiran Majlis mematuhi undang-undang serta tidak mengganggu ketenteraman awam.
Satu operasi telah dijalankan pada pagi tadi di sebuah bengkel besi yang terletak di Jalan Wan Ahmad, Kampung Chat Rimau susulan aduan awam yang diterima. Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut telah melakukan dua (2) kesalahan utama di bawah UUK3 Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019 (tiada lesen yang sah) serta Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Borang B) Kacau Ganggu.
Pihak MDTM menegaskan bahawa tindakan undang-undang yang lebih tegas termasuk kompaun atau tindakan mahkamah boleh diambil sekiranya arahan di dalam notis tersebut gagal dipatuhi dalam tempoh yang ditetapkan.
MDTM turut menyeru semua pemilik premis perniagaan di daerah Tanah Merah untuk sentiasa menyemak status lesen mereka dan mematuhi syarat-syarat zon perniagaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan di masa hadapan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#Aduankacauganggu
#PremisTanpaLesen
#BahagianPenguatkuasaan
#MajlisDaerahTanahMerah