TANAH MERAH, 04 MEI 2026 (ISNIN) – Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan MDTM telah memperkasakan tindakan undang-undang melalui pelaksanaan Operasi Task Force 3.0 yang menyasarkan penyelarasan kadar lesen serta paparan iklan.
Operasi pemantauan bersepadu ini telah dijalankan di dua lokasi strategik iaitu di sekitar Kampung Batu Gajah dan Jalan Wan Ahmad bagi memastikan setiap premis perniagaan beroperasi mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.
Dalam operasi tersebut, pihak Majlis telah mengeluarkan satu (1) tawaran kompaun atas kesalahan gagal memperbaharui lesen perniagaan dan empat (4) notis amaran kepada pemilik premis yang dikesan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah.
Kesemua tindakan tersebut diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.
Pihak Majlis Daerah Tanah Merah menyeru dan mengingatkan semua pemilik perniagaan agar sentiasa peka terhadap tarikh luput lesen serta memastikan premis mempunyai permit yang sah. Pihak Majlis juga tidak akan berkompromi dan akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan