MDTM Tegaskan Larangan Ternakan Berkeliaran: Pemilik Cuai Bakal Berdepan Tindakan Sita dan Kompaun

TANAH MERAH, 15 APRIL 2026 (RABU) – Majlis Daerah Tanah Merah ingin memaklumkan kepada semua pemilik ternakan supaya memastikan haiwan peliharaan mereka, khususnya lembu dan kerbau dikurung dan tidak dibiarkan berkeliaran di kawasan awam serta rizab jalan.

Di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) MDTM, pihak majlis mempunyai kuasa penuh untuk menangkap dan menyita mana-mana haiwan yang didapati berkeliaran tanpa pengawasan.

"Sikap 'lepas tangan' dengan membiarkan lembu mencari makan di tepi jalan adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Pihak MDTM tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang masih berdegil dan tindakan tegas akan diambil dari semasa ke semasa.

Lihat di Facebook