MDTM Terima Lawatan Akademik Pelajar Senibina Landskap Umk

TANAH MERAH, 9 APRIL 2026 (KHAMIS) - Majlis Daerah Tanah Merah hari ini telah menerima kunjungan daripada pensyarah dan pelajar Fakulti Senibina dan Ekistik, Universiti Malaysia Kelantan.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai proses perancangan dan pengurusan landskap perbandaran yang telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Tanah Merah.

Pihak MDTM sentiasa mengalu-alukan kolaborasi strategik bersama institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menyokong pembangunan modal insan serta perkongsian kepakaran dalam bidang perancangan bandar dan landskap.

#MajlisDaerahTanahMerah
#umk
#landskapbandar

Lihat di Facebook