MDTM Terima Penarafan 3 Bintang Dalam Spb-pbt 2026 Sempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

BERTAM, PULAU PINANG, 12 SEPTEMBER 2026 (SABTU) – Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, diiringi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Tuan Nga Kor Ming, di Bertam Resort, Pulau Pinang pagi ini

Kehadiran YABrs Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah bersama Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis dan pegawai-pegawai kanan pada perasmian Konvensyen PBT dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (SHKPS) 2026 yang berlangsung di Bertam Resort, Pulau Pinang mencerminkan komitmen berterusan pihak MDTM untuk menyokong agenda reformasi PBT peringkat kebangsaan.

Penilaian SPB-PBT 2026 yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya dengan memberi penekanan kepada keberhasilan, elemen tadbir urus, integriti pihak ketiga, pengurusan kewangan serta integriti menerusi kerjasama SPRM dan Jabatan Audit Negara.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook