MDTM Terus Memperkasa Pematuhan Lesen Perniagaan

TANAH MERAH, 9 JULAI 2026 (KHAMIS) – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) menerusi Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan pemeriksaan lesen perniagaan di sekitar Kampung Batu Hitam bagi memastikan setiap aktiviti perniagaan mematuhi Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah. Sehubungan itu, sebanyak satu (1) notis amaran dan satu (1) tawaran kompaun telah dikeluarkan di bawah UUK 3 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

MDTM akan terus memperhebatkan pemeriksaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap pematuhan peniaga terhadap undang-undang yang berkuat kuasa. Semua peniaga diingatkan supaya mendapatkan lesen perniagaan yang sah sebelum menjalankan sebarang aktiviti perniagaan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MDTM #BahagianPenguatkuasaan #PemeriksaanLesen #PematuhanLesen #TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook