Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Tanah Merah Bil. 1 2026

Tanah Merah, 05 Februari 2026 (Khamis) - Yang Dipertua MDTM merangkap Ketua Jajahan Tanah Merah selaku Penasihat PUSPANITA Cawangan Tanah Merah telah menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Tanah Merah yang diadakan pada 5 Februari 2026 bertempat di Dewan Jubli Perak, Membangun Bersama Islam MDTM.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YBhg Datin Hajah Asrina Binti Mohamad mewakili Datin Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan dan YBhg. Datin juga turut menyempurnakan gimik perasmian. Mesyuarat ini turut dipantau dan dihadiri oleh wakil-wakil ahli majlis tertinggi PUSPANITA Negeri Kelantan.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian telah diadakan termasuk ceramah sempena Ambang Ramadhan, pembentangan dan perbincangan agenda mesyuarat serta sesi penyampaian amanat. Untuk edisi 2026, julung kali diselitkan dengan dua persembahan iaitu seni mempertahankan diri taekwando dan juga coral speaking oleh para pelajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Sek Keb. Tanah Merah.

Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti gerai jualan, pameran dari AADK , Kraftangan Kelantan, promosi pakej CelcomDigi serta TM Unifi pertandingan gubahan, kaunter kitar semula dan juga sesi bergambar.

Acara cabutan bertuah juga turut dilaksanakan bagi menghargai sokongan semua ahli serta menambahkan lagi kemeriahan program.

Keseluruhan pengisian program telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para ahli.

#PUSPANITAKELANTAN2026

Lihat di Facebook