TANAH MERAH, 11JUN 2026 (KHAMIS) - Majlis Daerah Tanah Merah telah mengadakan Mesyuarat Inovasi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, MDTM semalam. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha MDTM.
Antara agenda utama yang diberi penekanan dalam mesyuarat ini adalah perancangan strategik untuk penganjuran Hari Inovasi Peringkat Majlis Daerah Tanah Merah. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif pihak majlis dalam mencungkil bakat dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan kakitangan MDTM bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
Selain daripada perancangan Hari Inovasi, mesyuarat turut meneliti laporan kemajuan projek-projek inovasi yang akan dipertandingkan dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan (AISAK) merangkumi kategori KIK Horizon Baharu, AISAK PBT (AIPBT), AISAK Kewangan (AIPK) dan AISAK ICT (AIICT). Pihak majlis juga turut membincangkan penyertaan MDTM dalam Pertandingan Inovasi MALA 4.0 bagi merebut Piala YB Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#inovasi2026