Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sukan Negara (Hsn) 2026 Peringkat Daerah Tanah Merah

TANAH MERAH, 14 SEPTEMBER 2026 (ISNIN) - Majlis Daerah Tanah Merah bersama pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan daerah telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Daerah Tanah Merah yang telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MDTM.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Nor Azman bin Md Nawi, Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah bertujuan meletakkan asas perancangan rapi bagi menjayakan program sukan terbesar peringkat daerah Tanah Merah yang dijadualkan pada 10 Oktober 2026.

MDTM komited untuk menyokong penuh penganjuran HSN2026 demi kesejahteraan dan kecergasan penduduk Tanah Merah. Sama-sama kita nantikan pelbagai aktiviti menarik menjelang HSN2026 nanti.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook