Mesyuarat Pengurusan Pelesenan

TANAH MERAH, 3 MAC 2026 (SELASA) – Majlis Daerah Tanah Merah terus komited dalam memperkasakan tadbir urus perniagaan di daerah ini menerusi Mesyuarat Pengurusan Pelesenan yang dipengerusikan oleh YABrs. Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah pada hari ini.

​Dalam ucapan pembukaannya, YABrs. Tuan YDP menegaskan bahawa adalah menjadi keutamaan Majlis untuk memastikan semua premis perniagaan di Tanah Merah dilesenkan secara sah.
​
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk merangsang ekonomi tempatan, MDTM akan melaksanakan pendekatan mesra pelanggan dengan mempermudahkan proses permohonan lesen dan mengurangkan karenah birokrasi.
​
YABrs. Tuan YDP juga telah mengarahkan agar program bancian premis perniagaan diperluaskan ke seluruh ceruk jajahan dan dipercepatkan pelaksanaannya bagi memastikan tiada premis yang tercicir daripada sistem pelesenan sekali gus menutup ruang ketirisan hasil.

​Pihak Majlis menyeru semua peniaga yang belum memiliki lesen untuk segera tampil membuat permohonan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan di masa hadapan.

#MajlisDaerahTanahMerah
#bahagianpelesenandankesihatanawam

Lihat di Facebook