Mesyuarat Perancangan Latih Amal Tindakan Kecemasan anjuran KTMB

​TANAH MERAH, 16 APRIL 2026 (KHAMIS) – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) hari ini telah menjadi tuan rumah bagi mesyuarat perancangan program Latih Amal Tindakan Kecemasan anjuran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), bertempat di Bilik Mesyuarat Utama MDTM.

​Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha MDTM serta dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Kawalan Operasi KTMB dan kakitangan teknikal MDTM.

​Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan persediaan bagi program Latih Amal Tindakan Kecemasan yang dijadualkan berlangsung di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pada Jun 2026. Program ini merupakan inisiatif strategik KTMB dalam memperkasakan tahap kesiapsiagaan dan kecekapan kakitangan dalam menangani sebarang situasi kecemasan yang tidak dijangka.

Pihak MDTM akan terus memberikan sokongan penuh bagi memastikan pelaksanaan program latihan tersebut berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Lihat di Facebook