TANAH MERAH, 11 Jun 2026 (Khamis) – Bahagian Pelesenan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah mengadakan Mesyuarat dan Taklimat Pengenaan Lesen Premis Perniagaan serta Cukai Taksiran bagi aktiviti perlombongan di Mukim Sokor, Daerah Ulu Kusial, Jajahan Tanah Merah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama MDTM.
Program ini bertujuan memberi penerangan kepada pihak-pihak terlibat berhubung keperluan mendapatkan lesen premis perniagaan dan tanggungjawab berkaitan cukai taksiran selaras dengan peruntukan undang-undang pihak berkuasa tempatan. Pengenaan lesen ini penting bagi memastikan semua operasi perlombongan dijalankan secara sah, terkawal dan mematuhi syarat keselamatan serta alam sekitar yang ditetapkan.
Melalui sesi taklimat ini, peserta turut diberi penjelasan mengenai prosedur pelesenan, kaedah penilaian cukai taksiran serta kepentingan pematuhan undang-undang. Hasil kutipan cukai taksiran juga digunakan untuk membiayai pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan awam bagi manfaat penduduk setempat.
Usaha ini diharap dapat meningkatkan kefahaman serta kerjasama semua pihak dalam memastikan hasil dan pengurusan perkhidmatan perbandaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi pembangunan daerah Tanah Merah.
#MajlisDaerahTanahMerah #BahagianPelesenanMDTM #CukaiTaksiran #LesenPremisPerniagaan