KUALA LUMPUR, 11 OGOS 2026 (SELASA) – Pasukan SMART TEAM, Majlis Daerah Tanah Merah telah menghadiri Mesyuarat Teknikal Pembangunan Sistem myLicensePBT yang berlangsung di Ibu Pejabat Amazon Web Services (AWS), The Gardens North Tower, Mid Valley City, Kuala Lumpur.
Mesyuarat tersebut turut melibatkan pihak Cloud Service Provider (CSP) AWS, VSTECS Berhad serta Ashisuto Global Technologies Sdn. Bhd. bagi membincangkan, menyelaras dan mengesahkan aspek-aspek teknikal berkaitan pembangunan serta pelaksanaan sistem myLicensePBT dalam persekitaran AWS Cloud.
Antara perkara utama yang diberi perhatian ialah keperluan infrastruktur, seni bina sistem, integrasi, keselamatan serta kesiapsiagaan teknikal bagi memastikan pembangunan dan pelaksanaan myLicensePBT dapat dilaksanakan secara terancang, selamat, stabil dan berkesan.
Sesi teknikal ini merupakan antara langkah penting dalam memastikan sistem myLicensePBT dibangunkan berlandaskan keperluan teknologi semasa serta berupaya menyediakan perkhidmatan digital yang lebih cekap, responsif, stabil dan berdaya tahan.
Komitmen ini selaras dengan usaha Majlis Daerah Tanah Merah dalam memperkukuh agenda transformasi digital dan pendigitalan perkhidmatan PBT, sekali gus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat melalui penggunaan teknologi yang inovatif.
“Teknologi Memacu Transformasi, Perkhidmatan Diperkasa”
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#MDTM
#SMARTTEAM
#myLicensePBT
#AmazonWebServices
#AWS
#TransformasiDigital
#PendigitalanPBT