Adalah dimaklumkan JKR Tanah Merah telah menerima permohonan daripada pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk melaksanakan penetapan “Mode Amber” ke atas beberapa lampu isyarat seperti senarai di bawah.
Penetapan “Mode Amber” ini bagi melicinkan pergerakan kenderaan berikutan jangkaan peningkatan kenderaan masuk ke negeri ini bersempena cuti umum perayaan AidilFitri dan cuti persekolahan.
Bermula : 18 Mac 2026 (Rabu) hingga 29 Mac 2026 (Ahad)
1. L/Isyarat - Plaza IMT-GT Bukit Bunga
2. L/Isyarat - Simpang Tiga JPJ Bukit Bunga
3. L/Isyarat - Batu 11 (Simpang Felda Kemahang)
4. L/Isyarat - Simpang Tiga Batang Merbau